Hantu
(Tulisan Jawi: هنتو) pada asasnya terbahagi kepada dua jenis, iaitu:-
1.Merupakan sejenis kewujudan tanpa fizikal seseorang yang mati. Ia sering dianggap sebagai roh atau semangat seseorang yang kekal di bumi selepas mati. Menurut sesetengah sumber, hantu merupakan personaliti seseorang selepas kematian mereka, dan tidak terikat secara langsung kepada semangat atau roh. Setiap kebudayaan di dunia mempunyai cerita hantu tersendiri, tetapi ia berlainan menurut masa dan tempat, dengan percanggahan mengenai apakah hantu dan samaada ia adalah khayalan atau sebahagian alam semulajadi.
2.Merupakan sejenis makhluk alam ghaib yang wujud dalam alam yang berlainan dengan alam fizikal manusia. Menurut Islam, roh orang yang mati tidak lagi tinggal di bumi, oleh itu hantu adalah jin yang mengganggu manusia.
1.Merupakan sejenis kewujudan tanpa fizikal seseorang yang mati. Ia sering dianggap sebagai roh atau semangat seseorang yang kekal di bumi selepas mati. Menurut sesetengah sumber, hantu merupakan personaliti seseorang selepas kematian mereka, dan tidak terikat secara langsung kepada semangat atau roh. Setiap kebudayaan di dunia mempunyai cerita hantu tersendiri, tetapi ia berlainan menurut masa dan tempat, dengan percanggahan mengenai apakah hantu dan samaada ia adalah khayalan atau sebahagian alam semulajadi.
2.Merupakan sejenis makhluk alam ghaib yang wujud dalam alam yang berlainan dengan alam fizikal manusia. Menurut Islam, roh orang yang mati tidak lagi tinggal di bumi, oleh itu hantu adalah jin yang mengganggu manusia.
1. Jenis-jenis hantu
Ada pelbagai jenis hantu atau makhluk yang dianggap hantu ini . Munsyi Abdullah dalam Hikayat Pelayaran Abdullah telah lama mempertikaikan kepercayaan karut orang Melayu ini. Antara jenis-jenis kelompok hantu-hantu ini adalah :
1. Pontianak / Puntianak / kuntilanak - wanita berpakaian serba putih membalas dendam. dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya.
Pontianak (puntianak) juga merupakan nama ibukota Provinsi Kalimantan Barat di Indonesia yang tidak ada kaitannya dengan makhluk halus.
Namun secara tidak langsung, sebenarnya nama Kota Pontianak (Ibukota Kalimantan Barat) ada kaitannya dengan hantu pontianak tersebut
2. Polong –
Hantu Polong merujuk kepada semangat atau makhluk halus belaan yang dipelihara oleh seseorang, biasanya lelaki, bertujuan untuk tujuan memudaratkan musuh. Hantu polong dipercayai diberi makan darah dari jari tuannya.
Menurut kepercayaan orang Melayu, polong dihasilkan dengan meletak darah orang yang mati dibunuh kedalam botol bermulut panjang. Botol tersebut kemudiannya akan dipuja dan jampi serapah akan dibacakan dalam tempoh masa tertentu.
3. Toyol - hantu kanak-kanak bogel
Toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan mencuri. Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil.
4. Pelesit - boleh dipelihara
dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memudaratkan musuh. Hantu pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari tangan tuannya.
Hantu pelesit dikatakan mampu menjelma sebagai sejenis belalang pelesit, belalang kecil dan masuk kerumah mangsa. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka
5. Hantu air - dalam air
Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu menbahayakan mereka yang bertembung dengannya. Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak
6. Hantu raya - boleh dipelihara
Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh.Hantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang.
7. Hantu bungkus - makhluk ghaib yang dilihat berbungkus dalam kain kafan.
Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut, merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.
8. Langsuir - perempuan
Langsuir dipercayai akan merasuk mangsa dan menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati.
Terdapat sesetengah pendapat bahawa Langsuir berasal daripada wanita yang mati bersalin atau selepas itu.
Langsuir dipercayai mampu menyerupai seorang perempuan yang cantik untuk memerangkap mangsanya
9. Bota - makhluk besar hodoh menjelma dari dalam tanah.
Bota ialah sejenis gergasi besar yang hidup dalam tanah, menyembunyikan diri dalam gua di dalam tanah. Bota akan keluar daripada tempat persembunyian pada ketika-ketika tertentu sahaja dan amat meminati kanak-kanak yang tidak memakai seluar. badan gergasi Bota ini menyerupai warna tanah itu sendiri terutama di kawasan berlumpur, di tepi rimbunan buluh kuning dan di tepian sawah padi di mana ikan puyu dan tilan biasa ditemui. Makanannya didapati di dalam tanah juga dan sesekali akan mencari makanan dalam bentuk daging manusia atau haiwan. Gergasi Bota ini dikaitkan dengan kehilangan seseorang. Anehnya Bota ini tidak banyak tapi boleh berada di mana-mana sahaja terutama di kawasan Sungai Perak.
10. Bajang - makhluk aneh
Bajang merujuk kepada sejenis makhluk halus yang dipelihara bagi tujuan memudaratkan musuh.
Bajang merupakan makhluk yang dipuja daripada mayat bayi yang mati semasa lahir. Ia merupakan setan jantan yang sering kali menjelma sebagai kucing pole cat. Bajang seringkali menyerang kanak-kanak dan mampu menyebabkan penyakit misteri yang boleh membawa maut kepada mangsanya.
Bajang akan dikawal dan disimpan di dalam tabung buluh. Sejenis daun khusus akan digunakan sebagai penyumbat tabungan tersebut dan dikunci dengan tangkal.
Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Bajang yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.ianya adalah saka.
11. Bunian, Kerajaan dan keluarga Bunian.
Orang Bunian ialah sebarang makhluk halus dari golongan jin dalam legenda Melayu, mirip dengan elf dalam legenda Eropah.
Mereka dikatakan mewujud dalam masyarakat besar, menirukan struktur golongan manusia, dengan keluarga dan puak. Orang Bunian dikatakan mendiami kawasan hutan belantara, jauh dari perhubungan manusia.dikatakan orang bunian.
Orang bunian menguasai kuasa luar biasa yang hebat, dan juga diketahui berkawan dan menolong manusia, terutamanya pawang atau bomoh. Orang bunian diketah menculik kanak-kanak manusia dan dituduh menyebabkan manusia sesat di dalam hutan.
12. Hantu Jepun
Hantu Jepun merujuk kepada sebarang bayangan atau makhluk yang berpakaian seperti tentera Jepun. Selalunya ia dikaitkan dengan tempat-tempat di mana pernah dijadikan markas tentera semasa Perang Dunia II, semasa Jepun menawan Malaysia. boleh dikatakan, hantu Jepun ini agak moden.Selalunya ia dilihat sama ada bersenjatakan senapang atau pedang, tanpa berkepala atau kepalanya dipangku bersama-samanya.Tidak pula diketahui sama ada hantu Jepun turut terdapat di negara-negara jajah takluk Jepun yang lain (selain Singapura).
13. Hantu bukit
Hantu bukit merujuk kepada sejenis makhluk yang berkeliaran dikawasan bukit. Hantu bukit sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat.
14. Hantu kubur
Hantu kubur merujuk kepada sejenis makhluk yang berkeliaran dikawasan perkuburan. Hantu kubur amat ditakuti dikalangan orang-orang asli kerana mampu menyebarkan penyakit. Ini adalah antara sebab orang asli berpindah randah sekiranya berlaku kematian. Malah ia ditakuti oleh puak asli Kubu (Indonesia) dan Jakun (Malaysia) Hantu kubur sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat
15. Pari-pari
Pari-pari merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang terdapat dalam hutan. Pari-pari ini dikatakan mempunyai masyarat tersendiri dan boleh dikatakan menyerupai orang bunian dan dikatakan hidup bebas.
No comments:
Post a Comment