CaRi PaSaL
Wednesday, 22 February 2012
jom2 usya PASAL sprint test motosikal
jom2 check apa yang korang semua tau tentang sprint test.. barang2 penting motor jnis kapcai,mekanik,dan 'jokey'.. prlawanan dlakukan d jalan yg lurus kerana motosikal yang rendah.. motosikal akan di modified spower yang boleh dan ringan... 2 kategori body standard open n open full/special.. 40,50 n 100 meter jaraaak yang popular dmainkn.. berlawan scara dua dua.. pmenang akan dkira mlalui masa yang d ambil untuk mnamatkn sprint..
x sesuai untuk mreka yang tkut laju.. jokey perlu memakai kasut,seluar jeans,jaket n topi kaledar untk kselamatn.. sidkit prkongsian klau ad ap2 yang x lngkap bleh komen x jdi mslah...
by-under construction
Ape yg korang tahu PASAL lagu??? cecite cecite ^_^
Kat sini aku nk share
sikit la apa yg aku tahu pasal LAGU~,~
LAGU merupakan gubahan seni
nada atau suara dalam urutan, kombinasi, dan hubungan temporal...
Selalunya
alat muzik yang digunakan untuk menghasilkan gubahan lagu yang mempunyai
kesatuan dan mengandung irama ialah :
- audio
- alat tali
- alat tiupan
- alat genderang
- alat elektronik
- alat papan nada
Lagu
boleh dinyanyikan oleh secara solo, berdua (duet), bertiga (trio) atau beramai-ramai
(koir). Selalunya lirik dlm ssbuah lagu berbentuk puisi berirama, tp
ada gak yg brsifat keagamaan dan prosa bebas..
Pada
pandangan aku,,untuk menghasilkan sebuah lagu,kita mestilah menentukan telebih
dahulu jenis musik yang hendak di cipta. Macam musik rock, funk, jazz, blues,
ska, reggae,pop, rap, dan sebagainya. Selepas itu barulah kita menciptakan
iramanya mengikut kehendak kita menggunakan salah satu alat music mcm gitar atau piano. Setelah itu barulah kita
menciptakan lirik lagunya yang bersesuaian dengan irama yang telah di cipta.
Aku cadangkan kat sini,kalau nak cipta lagu rancanglah terlebih dahulu.
Pergilah ke tempat2 yang boleh buat korang tenang untuk mendapatkan irama dan
lirik yang best macm di air terjun
atau dalam bilik. Selamat mencuba
PaSal TaRiaN ZaPin
Salah satu bentuk tarian pergaulan masyarakat Melayu yang
masih utuh dan popular dewasa ini ialah TARIAN ZAPIN. Dari perspektif
sejarah perkembangannya tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar
senitari di Malaysia ini telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan
ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Namun demikian banyak antara
genre zapin tradisional ini tersebar hanya ke daerah-daerah tertentu sahaja dan
salah satu daripada genre zapin tradisional yang dinamik dan anggun dikatakan
masih terdapat di negeri Johor.
Di Johor zapin yang dikenali dalam dua bentuk iaitu Zapin Melayu dan Zapin Arab memperlihatkan perbezaaan dari segi unsur peradaptasiannya. Pada realiti kedua-duanya genre zapin itu berasal dari satu keseniaan masyarakat Arab yang di bawa Hadramaut. Keunikan tradisi Zapin Melayu terletak bukan sahaja pada kesatuan muzik dan peralatannya yang dipengaruhi oleh keseniaan Arab bahkan juga pada sifat segretasi penari dan penonton. Dalam konteks inilah keunikan tarian zapin begitu terserlah terutamanya pada ciri penghubungannya dengan keseniaan Islam yang dibawa oleh orang-orang Arab. Di Johor Tarian Zapin yang sudah diterima sebagai seni yang berunsur Islam yang berfungsi sebagai hiburan sama ada pada acara-acara sekular mahupun acara sambutan hari-hari kebesaran. Namun dari segi kelembutan dan kehalusan tradisi tarian itu sendiri, Zapin Melayu Johor walaupun ianya lahir dari adaptasi yang dilakukan ke atas Zapin Arab secara selektif namun tidak dapat disangkal lagi tarian zapin ini memperlihatkan lebih kehalusan dan keayuan geraknya dari Tarian Zapin Arab.
Satu hal yang menarik mengenai tarian Zapin Johor ialah keupayaan mewujudkan rasa persaudaraan penari dan pemuzik serta sifat esprik decorps yang dapat dimunculkan di kalangan mereka sekali gus mematahkan rasa malu penari-penari apabila menari di khalayak ramai. Secara simbolik gerak tari zapin ini menampakkan kepentingan usaha bersama dan bukannya usaha individu disamping meminggirkan persaingan antara pemain-pemain dalam kumpulan mahupun antara kumpulan, Ditinjau dari perspektif inilah, keunikan dan keistimewaan tarian Zapin Johor terserlah.
jom tngok PASAL basikal
Basikal
Apa itu basikal?Untuk pengetahuan anda semua, basikal adalah merupakan makanan yang paling sedap di dunia. Eh...gurau je ;-p ok lah..no more joking time.hehe... basikal sebenarnya adalah sebuah kenderaan yang digerakkan menggunakan tenaga manusia iaitu dengan cara mengayuh pada pedal basikal tersebut. Kemudian basikal tersebut akan bergerak melalui dua rodanya yang melekat pada kerangka atau frame basikal tersebut.
Bila basikal dicipta?
Basikal pada awalnya telah dicipta di Eropah pada abad ke-19 iaitu orang yang dikatakan paling awal mencipta basikal ialah Von Drais pada tahun 1817 dan kemudian basikal tersebut di patentkan pada tahun 1818. Namun ada teori yang mengatakan bahawa basikal telah di reka bentuk pada seawal tahun 1493 lagi iaitu oleh Giacomo Caprotti. Teori ini telah dibuktikan dengan terjumpanya gambar atau lakaran basikal yang dibuat oleh Giacomo Caprotti. Tak kira siapa yang paling awal mencipta basikal, ia telah menjadi sebuah kenderaan yang sangat popular di mana-mana negara pun.
Apa itu basikal?Untuk pengetahuan anda semua, basikal adalah merupakan makanan yang paling sedap di dunia. Eh...gurau je ;-p ok lah..no more joking time.hehe... basikal sebenarnya adalah sebuah kenderaan yang digerakkan menggunakan tenaga manusia iaitu dengan cara mengayuh pada pedal basikal tersebut. Kemudian basikal tersebut akan bergerak melalui dua rodanya yang melekat pada kerangka atau frame basikal tersebut.
Bila basikal dicipta?
Basikal pada awalnya telah dicipta di Eropah pada abad ke-19 iaitu orang yang dikatakan paling awal mencipta basikal ialah Von Drais pada tahun 1817 dan kemudian basikal tersebut di patentkan pada tahun 1818. Namun ada teori yang mengatakan bahawa basikal telah di reka bentuk pada seawal tahun 1493 lagi iaitu oleh Giacomo Caprotti. Teori ini telah dibuktikan dengan terjumpanya gambar atau lakaran basikal yang dibuat oleh Giacomo Caprotti. Tak kira siapa yang paling awal mencipta basikal, ia telah menjadi sebuah kenderaan yang sangat popular di mana-mana negara pun.
“Timeline” Basikal
1817: Pada tahun ini Baron von Drais iaitu seorang rakyat Jerman telah mencipta basikal yang dinamakan Draisienne. Basikal ini diperbuat daripada kayu. Ianya mempunyai tempat duduk dan handle tetapi ia tidak mempunyai pedal(pengayuh). Pada masa itu, mereka menggerakkan basikal tersebut dengan cara mengayuh kaki ke lantai.
1839: Pada tahun ini, seorang tukang besi berbangsa Scottish yang bernama Kirkpatrick Macmillan telah mencipta basikal yang boleh bergerak sendiri. Sistem bagi basikal ini ialah ia menggunakan sebatang besi yang terletak pada tayar hadapan yang dihubungkan dengan tuil pada tayar belakang. Basikal ini sangat iaitu seberat 56 punds dan hanya pengguna yang gagah sahaja yang mampu menunggang basikal ini.
1863: Pierre Michaux of Paris telah mencipta basikal yang diberi nama Michaux Velocipede. Basikal ini mempunya pedal dan tuas yang terletak dihadapan roda basikal. Basikal ini telah menjadi kenderaan tunggangan yang paling banyak dikeluarkan pada masa itu. Basikal ini juga dinamakan sebagai "boneshaker” dan ianya popular sehingga ke tahun 1870.
1870: James Starley mencipta basikal yang boleh dikatakan sebuah basikal biasa dimana basikal tersebut mempunya roda hadapan yang besar manakala roda belakangnya pula adalah kecil sedikit dari roda hadapan. Ciri-ciri ini membenarkan penggunanya bergerak lebih jauh dalam apa bila melakukan setiap kayuhan. Untuk menunggang basikal ini, penggunanya perlulah mempunyai latihan dan skil yang tinggi kerana basikal ini sukar unutk ditunggang.
1884: H.J Larson telah mereka bentuk basikal yang digerakkan menggunakan rantai. Basikal ini dinamakan Safety. Roda basikal ini bersaiz medium dan ianya adalah lebih stabil dan mudah untuk ditunggang jikan dibandingkan dengan basikal Ordinary.
1885-1900: John Kemp Starley, iaitu anak buah James Starley telah mencipta basikal yang dinamakan Rover Safety.basikal ini sangat menarik keran ia mempunyai kerusi yang memberi keselesaan kepada penggunanya. Selain itu, pemegang basikal ini juga di pasang dengan”grip”. Basikal ini boleh dikatakan mempunya aspek keselamatan.
1888: John Boyd Dunlop telah mencipta tayar pneumatik iaitu tayar tersebuat berisi dengan udara. Tayar ini memberi tunggangan yang selesa kepada penunggangnya.
1890-an: Harga basikal telah jatuh dan ia mampu dimiliki oleh semua orang. Oleh itu ramai orang membeli basikal sebagai pengangkutan ke tempat kerja ataupun bersiar-siar. Sekitar tahun ini, kaum wanita melihat basikal sebagai tiket ke arah kebebasan. Kaum wanita dibenarkan menunggang basikal dengan memakai skirt. Susan B. Anthony berkata bahawa basikal telah membebaskan kaum wanita daripada segala benda yang ada di dunia ini.
Circa 1900: Seorang pengusaha Inggeris mencipta”wheel hub” yang mempunyai tiga kelajuan yang membenarkan penunggang berbasikal di kawasan yang berbukit.
Circa 1910: basikal untuk kanak-kanak mula dicipta dan dijual.
1940-an: “kick stand” basikal dicipta. Ia digunakan dalam perang. Pelumba basikal Eropah mula menggunakan “derailleur” yang mempunyai lima tahap kelajuan.
1963: Schwinn memperkenalkan Sting-Ray iaitu basikal pertama yang menggunakan tempat duduk “banana” dan mempunyai handle yang tinggi. Basikal Sting-Ray telah membuka jalan basikal BMX unutk menjadi terkenal pada tahun 1970-an.
1960-an: Basikal yang mempunya gear 10-speed telah menjadi satu kemestian dalam reka bentuk sesuatu basikal.
1970-an: Akibat kesedaran terhadap alam sekitar, basikal telah menjadi kenderaan yang popular kerana ianya tidak menggunakan minyak. Dalam tahun 1978, jualan basikal di US adalah lebih tinggi berbanding dengan jualan kereta.
1984: roda bergigi ditambah pada bahagian gear menyebabkan kelajuan basikal bertambah dari 15 ke 18, 21 dan 24.
1986: Satu survey dibuat oleh The International Bicycle Fund. Hasil dari survey tersebut didapati bahawa basikal adalah sukan ke-3 paling popular selepas renag dan senam robik.
pasal DoRaEmOn,..
Doraemon (ドラえもん) adalah sebuah manga Jepun popular yang dikarang oleh Fujiko F. Fujio (藤子·F·不二雄) (nama asal Hiroshi Fujimoto) sejak tahun 1970 dan berkisah tentang sebuah robot berbentuk kucing yang datang dari abad ke-22, Doraemon. Dia dihantar ke zaman sekarang untuk menolong Nobita,
seorang budak yang pemalas, agar keturunan Nobita dapat menikmati
kejayaannya daripada terus menderita dari segi kewangan - yang bakal
terjadi di masa depan - yang telah diakibatkan oleh kejahilan Nobita.
Cerita Doraemon julung kalinya muncl pada Januari 1970
dan diterbitkan dalam enam majalah yang berlainan secara serentak.
Sejumlah 1,344 cerita asal telah direka selama ini, yang diterbit oleh
syarikat Shogakukan di bawah jenama komik Tentōmushi (てんとう虫) (ladybird/kumbang
kura-kura) yang menjangkau 45 jilid. Cerita-cerita tersebut dikumpul
dan disimpan dalam Perpustakaan Pusat Takaoka di bandar Toyama, Jepun, yang merupakan tempat kelahiran Fujiko.
Doraemon pernah dianugerahkan hadiah utama Anugerah Kebudayaan Tezuka Osamu (手塚治虫文化賞) pada tahun 1997.
Setelah lama wujud di dunia komik dan animasi, Doraemon merupakan
salah satu watak animasi yang popular bukan sahaja di Jepun dan
Malaysia, bahkan juga di negara-negara Asia dan Eropah.
Watak utama
- Doraemon (ドラえもん)
- Doraemon merupakan seekor kucing robot, yang menjadi pembimbing dan pembantu Nobita. Dia dihantar ke zaman sekarang oleh keturunan Nobita pada abad ke-22, Sewashi. Doraemon dihasilkan oleh kilang robot pada 3 September 2112. Doraemon asalnya bertelinga tetapi kedua-dua telinganya dimusnahkan oleh tikus robot sewaktu di abad ke-22. Akibatnya, Doraemon menghadapi ketakutan yang mendalam terhadap tikus, meskipun berupa kucing robot. Makanan kegemaran Doraemon ialah dorayaki, sejenis manisan Jepun berbentuk bulatan leper. Ramai yang menganggap dorayaki sebagai asal-usul nama Doraemon. Bagaimanapun, adalah diketahui daripada satu jilid manga bahawa namanya berasal daripada perkataan Jepun bagi "kucing liar", dora neko, dan bahagian emon yang merupakan sebahagian nama Jepun zaman silam, seperti yang dilihat pada nama Horiemon. Wajah Doraemon berbentuk kebulatan di seluruh badannya, termasuk kepala, tangan dan kaki putih, ekor merah serta tubuhnya. Berat badannya 129.3kg dan ketinggiannya 129.3cm. Doraemon mempunyai suatu poket 4-dimensi, di mana Doraemon selalu mengeluarkan pelbagai peralatan masa depan untuk membantu Nobita.
- Nobita Nobi (野比 のび太 Nobi Nobita)
- Nobita merupakan watak utama siri Doraemon. Dia adalah anak tunggal kepada Nobisuke(野比 のび助) dan Tamako (野比 玉子) Nobi dan seorang murid sekolah rendah di Tokyo. Dia biasa dilihat memakai cermin mata, kemeja polo berwarna merah atau kuning berkolar putih dan seluar putih. Karakter Nobita digambarkan penuh dengan kelemahan. Dia seorang yang malas, tidak bijak, lemah, bernasib malang, dan lemah dalam sukan. Kehidupan seharian Nobita melibatkannya datang lewat ke sekolah, mendapat markah 0 dalam ujian, dimarahi gurunya, dibuli Giant dan Suneo, dan dimarahi ibunya kerana tidak mahu menyiapkan tugasannya. Nobita suka berehat pada waktu tengahari, dan kemalasannya sering menyebabkan kebimbangan ibu bapa dan gurunya. Walau bagaimanapun, kelemahan dan kesusahan Nobita adalah penggerak jalan cerita. Nobita juga mempunyai kebolehan unik seperti kemahirannya dalam menembak dan bermain bunga tali. Walaupun selalu digambarkan sebagai seorang penakut, Nobita amat mementingkan keadilan dan sanggup membahayakan dirinya untuk menyelamatkan orang lain atau sesebuah masyarakat, seperti yang ditunjukkan dalam cerita panjang Doraemon.
- Shizuka Minamoto (源 静香 Minamoto Shizuka)
- Shizuka atau Sizuka adalah seorang gadis yang sebaya dengan Nobita dan juga seorang murid yang cerdik dan baik hati, yang menjadikannya tarikan kepada Nobita. Nobita terpaksa berebut perhatian Shizuka dengan Dekisugi, seorang budak lelaki yang secerdik Shizuka dan sering memperoleh markah 100% dalam ujian. Shizuka juga kerap bermandi, maka terdapat juga adegan yang mana Nobita terserempak dengan Shizuka yang sedang bermandi secara tidak sengaja.
- Giant (ジャイアン) (nama sebenar Takeshi Goda (剛田 武 Goda Takeshi)
- Turut dikenali sebagai Gakidaisho (ガキ大将)-membawa maksud "ketua jalanan" ), Giant dikenali sebagai kaki buli yang suka mengacau budak-budak lain, terutamanya Nobita. Giant juga gemar menyanyi, dan inilah sesuatu yang paling ditakuti penduduk bandar di sekitarnya kerana nyanyiannya yang teruk dan melampau kuat. Namun, dia paling takut ibunya sendiri. Adik perempuannya, Jaiko (ジャイ子) pula bercita-cita menjadi pelukis manga.
- Suneo Honekawa (骨川 スネ夫 Honekawa Suneo) (dieja Sinyu dalam sesetengah terjemahan manga)
- Suneo atau Sinyu seorang budak kaya yang celupar dan suka menunjuk-nunjuk harta kekayaan keluarganya di depan Nobita dan kawan-kawannya. Dia sering bersama dengan Giant dan bersama-sama membuli Nobita. Sebenarnya Suneo amat benci terhadap Giant, maka sebab di membantu Giant membuli Nobita semata-mata untuk memastikan kebebasannya. Dalam permulaan kebanyakan episod Suneo sering menunjuk-nunjuk permainan video barunya atau pelancongan mahalnya di depan kawan-kawannya. Dia juga mempunyai adik lelaki bernama Sunetsugu (スネツグ) yang sedang tinggal bersama bapa saudaranya di New York.
Watak sampingan
- Dorami (ドラミちゃん Dorami-chan)
- Dorami atau Doralin merupakan "adik perempuan" Doraemon dari abad ke-22, yang kadang-kala ada mengunjung Nobita dan Doraemon di zaman sekarang.
- Sewashi (セワシ)
- Sewashi ialah keturunan Nobita pada tahun 2112 yang menghantar Doraemon kembali ke zaman Nobita. Sewashi ialah orang yang membeli Doraemon pada tahun 2112 apabila Doraemon masih bertelinga dan berwarna kuning.
- Hidetoshi Dekisugi (出木杉 英才, Dekisugi Hidetoshi)
- Dialah rakan sekelas Nobita dan berlawan dengan Nobita untuk merebut perhatian Shizuka. Dia selalu mendapat markah penuh dalam ujian, tetapi tidak pernah menonjolkan kebolehannya. Dia sanggup membantu Nobita apabila ditanyakan soalan falsafah atua sains. Namanya secara harafiahnya bermaksud "pencapai tinggi yang amat pintar", dan nama keluarganya ialah jolokan bagi perkataan dekisugiru, yang bermaksud "pencapaian amat tinggi".
Dalam Poket Doraemon
- Buluh Terbang (タケコプター takekoputā) yang dipasang pada kepala seseorang untuk menerbangkannya di langit.
- Pintu Ke Mana-mana Sahaja (どこでもドア dokodemo door) yang membolehkan sesiapa untuk pergi ke mana jua mereka hendak dengan cuma melalui pintu ini.
- Mesin Cahaya Masa (タイムマシン time machine) yang membolehkan sesiapa merentasi masa dari zaman ke zaman. Sebenarnya mesin ini diletak dalam laci meja Nobita.
- Lampu Pengecil (スモールライト Small light) yang boleh mengecilkan saiz objek atau orang yang dipancarkan cahayanya.
Doraemon di Malaysia
Komik Doraemon terjemahan Bahasa Malaysia rasmi diterbit oleh syarikat Tora Aman yang juga menerbit komik tersebut versi Bahasa Cina. Anime Doraemon juga disiarkan dengan alih suara Malaysia yang menampilkan Ruhaiyah Ibrahim[4] sebagai pelakon suara watak Doraemon yang bersuara lantang. Mula-mulanya siri Doraemon disiarkan di TV1 dan berhenti pada 2001 dan berpindah ke NTV7 pada tahun 2002 (hari Rabu jam 7:30 malam) dan berpindah ke hari Sabtu jam 7.30 malam pada 2003 dan ditaja oleh STABILO. Siri anime telah lama disiarkan di Jepun sejak tahun 1979. Doraemon siri 2005 anime akan disiarkan di TV9 pada tahun 2009.[perlu rujukan]Anime Doraemon juga didapati dalam bentuk VCD dengan disertakan alih suara Bahasa Melayu, Inggeris dan Cina. Speedy Video dinamakan sebagai pengedar eksklusif VCD dan DVD Doraemon sejak tahun 2003.
Subscribe to:
Posts (Atom)